Cawangan Nikah Cerai Ruju'
FUNGSI
-
Memastikan urusan perkahwinan, perceraian dan ruju' dibuat mengikut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).
-
Memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada masyarakat dalam urusan perkahwinan, perceraian dan ruju' di Wilayah Persekutuan.
-
Bertanggungjawab menjalankan penyeliaan dan kawalan terhadap pengeluaran dan pendaftaran sijil nikah, cerai dan ruju' di Wilayah Persekutuan.
-
Memberi khidmat nasihat serta panduan kepada orang ramai berkaitan persoalan hukum dan prosedur perkahwinan, pendaftaran perceraian dan ruju' di Wilayah Persekutuan.
-
Mengurus perlantikan Ketua Pendaftar, Pendaftar Kanan, Pendaftar dan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ orang Islam.
PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH
PERMOHONAN PENDAFTARAN CERAI
-
Pemohon hendaklah terlebih dahulu memfailkan pengesahan lafaz cerai / permohonan bercerai di Mahkamah Syariah.
-
Pendaftaran cerai di JAWI boleh dibuat setelah menerima perintah daftar dari Mahkamah Syariah.
-
Dokumen yang diperlukan untuk mendaftarkah cerai:-
-
Surat perintah daftar dari Mahkamah Syariah WP.
-
Surat perakuan nikah yang asal.
- Bayaran daftar cerai sebanyak RM 20.00 sepasang
4. Surat cerai akan dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu setelah didaftarkan.
PERMOHONAN PENDAFTARAN RUJU’
-
Pemohon hendaklah terlebih dahulu mendaftarkan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah.
-
Proses ruju’ boleh di buat selepas perintah Mahkamah Syariah diperolehi dan isteri masih dalam tempoh eddah.
-
Pasangan suami isteri perlu hadir di hadapan Pendaftar Nikah , Cerai dan Ruju’ untuk proses ruju’.
-
Bayaran untuk mendaftarkan Ruju’ ialah sebanyak RM20.00 sepasang