-
Surat-surat hantar tangan yang diterima sebelum jam 9.00 pagi akan dihantar sebelum jam 12.45 tengahari, bagi surat-surat yang dihantar selepas jam 9.00 pagi akan dihantar pada jam 2.00 petang;
-
Pengesahan tempahan kenderaan oleh pegawai/kakitangan Jabatan diberi dalam tempoh satu (1) hari sebelum perjalanan dibuat;
-
Dewan/Bilik Mesyuarat diselenggara dan sedia untuk digunakan sekurang-kurangnya satu (1) jam sebelum acara/mesyuarat dibuat;
-
Bekalan pejabat yang dipohon dari stor jabatan dikeluarkan dalam masa dua (2) jam selepas permohonan diterima;
-
Memastikan jadual Pegawai Bertugas Keselamatan dan Pegawai Pengawas Kad Perakam Waktu (KPW) diedarkan kepada pegawai terlibat sebelum 15 haribulan setiap bulan;
-
Menyediakan Pesanan Tempatan dalam masa tujuh (7) hari selepas permohonan lengkap diterima;
-
Pembekalan secara pembelian terus diuruskan dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh permohonan diterima;
-
Menguruskan pengesahan pelantikan dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh dokumen lengkap diterima;
-
Menguruskan pengesahan dalam perkhidmatan dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh dokumen lengkap diterima;
-
Setiap aduan awam terhadap JAWI dijawab dalam tempoh satu (1) hari bekerja;
-
Sistem aplikasi dapat beroperasi sekurang-kurangnya 95% setahun;
-
Bertindak dalam masa dua (2) jam bagi setiap aduan pelanggan yang diterima melalui talian Helpdesk ICT;
-
Pelayan aplikasi (application server) yang ditempatkan di Pusat Data JAWI dapat dicapai sekurang-kurangnya 95% setahun dan memastikan keselamatan Pusat Data sentiasa terjamin sepanjang masa.