Pengurusan Halal
1. Menyediakan perancangan program / aktiviti dan anggaran belanjawan tahunan bagi unit.
2. Menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan isu semasa pengurusan halal.
3. Menerima maklumat atau aduan berkaitan isu halal.
4. Melaksanakan pemantauan kepada jurusembelih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
5. Menguruskan permohonan baru dan lanjutan bagi tauliah penyembelihan halal (ayam).
6. Mengendalikan dan mengurusetiakan temuduga surat tauliah sembelihan
7. Menerima aduan dan melaksanakan pemantauan isu berkaitan ancaman keselamatan.
8. Menyediakan bahan-bahan terbitan, laporan / maklumbalas berkaitan isu-isu pengurusan halal / sembelihan.
9. Melaksanakan program / seminar / bengkel / kursus / taklimat / lawatan berkaitan isu-isu halal / sembelihan.
10. Mengurus pameran bahagian.