Cawangan Penyelarasan & Kebajikan Islam
PENGENALAN
Cawangan Penyelarasan dan Kebajikan Islam diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah dan cawangan ini terbahagi kepada dua (2) unit :-
i. Unit Penyelarasan Dan Keurusetiaan
ii. Unit Kebajikan Islam
FUNGSI
i. Unit Penyelarasan & Keurusetiaan
Unit ini bertanggungjawab :
- Mengurus, mengendali dan menyelaras urusan pentadbiran am bahagian dalam merekod cuti pegawai & kakitangan, penyediaan peruntukan , laporan aktiviti, latihan dan kebajikan kakitangan bahagian.
- Menguruskan majlis-majlis bagi sambutan Hari Kebesaran Islam
- Menguruskan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan
- Menguruskan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan
- Menyediakan Perkhidmatan Kereta Jenazah
ii. Unit Kebajikan Islam
Bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah, Unit ini melaksanakan khidmat kebajikan kepada pesakit di Hospital Kuala Lumpur dan Pengurusan Jenazah di semua hospital Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Tugas-tugas yang dilaksanakan ialah seperti berikut :-
a. Mengurus jenazah Islam yang tidak berwaris/tidak diketahui identitinya/tidak dituntut/saudara Muslim dan jenazah yang berisiko tinggi seperti penghidap HIV/AIDS, Tibi dan lain-lain.
b. Mengurus jenazah Islam atas permintaan waris.
c. Mengadakan lawatan dan khidmat pesakit seperti ;-
-
- Membaca surah Yaasin, mengajar dua kalimah syahadah bagi pesakit nazak,
- Mengajar para waris cara menghadapi pesakit nazak,
- Memberi tunjuk ajar cara berwuduk, tayammum dan solat pesakit.
- Memberi khidmat nasihat / kaunseling serta menawarkan bantuan kepada pesakit dhaif dan keluarga pesakit yang terdampar dalam bentuk wang tambang, barangan keperluan seperti lampin pakai buang, cawan, pinggang mangkuk, tuala, susu, biskut dan lain-lain.
- Memberi khidmat mengazan dan mengiqamatkan bayi baru lahir, tahnik serta menerangkan cara menyambut kelahiran yang dianjurkan Islam.
- Mengadakan program sempena Hari Kebesaran Islam di hospital-hospital dengan mengadakan lawatan dan program kerohanian pesakit.
- Mengedar risalah kerohanian.
d. Kursus Pengurusan Jenazah
PROSES KERJA
CARTA ALIRAN KERJA PERKHIDMATAN KERETA JENAZAH
Terima Permohonan
|
Maklum kepada pegawai untuk kelulusan kenderaan
|
Maklum kepada pemandu dan lantik pengiring (jika perjalanan jauh)
|
Serahkan Borang Permohonan kepada pemandu
|
Hubungi Pemohon/Waris
|
Serahkan kunci dan Kad Minyak kepada pemandu
|
Pastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan
|
Dapatkan salinan Permit Pengkebumian dan serahkan Borang Penyewaan Kenderaan
|
Jelas tatacara penyewaan kenderaan dan kadar bayaran yang dikenakan
|
Dapat duit bayaran tol pergi dan balik
|
Ambil Jenazah daripada lokasi yang dipohon
|
Pandu kenderaan ke destinasi yang dipohon dengan hati-hati dan selamat
|
Pastikan kilometre dan maklumkan jumlah bayaran yang dikenakan
|
Terima bayaran dan sahkan penerimaan bayaran
|
Balik ke pejabat.
|
|
Cuci kenderaan
|
|
|
|
Terima Bayaran sewaan daripada pemandu | |
|
|
|
|
Tandatangan Buku Log | |
Semak Buku Log | |
Sahkan perjalanan kenderaan pad Buku Log |
|