CAWANGAN SIASATAN
PENGENALAN
Cawangan Siasatan bertanggungjawab kepada Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dalam menjalankan siasatan ke atas kesalahan jenayah syariah yang berlaku di seluruh Wilayah Persekutuan. Selain itu, siasatan lanjut dan terperinci adalah bidang tugas yang terpenting dalam suatu kesalahan selepas maklumat diterima dan tindakan operasi telah dijalankan. Semua bentuk siasatan yang dijalankan adalah berdasarkan mengikut prosedur undang-undang yang telah ditetapkan.
FUNGSI
- Menerima maklumat berkaitan kesalahan di bawah Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan Akta 303.
- Menjalankan siasatan ke atas maklumat bagi kesalahan boleh tangkap (KBT) dan kesalahan tak boleh tangkap (KTBT).
- Menyediakan kertas siasatan.
Jumlah paparan: 39924