Cawangan Kurikulum & Ko-Kurikulum
FUNGSI
- Merancang dan menyelaras pengurusan serta pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam JAWI
- Menyemak, menyusun dan menyelaras kurikulum JAWI
- Menyusun dan menyelaras aktiviti ko-kurikulum seperti Ihtifal, Khatam Al-Quran, Ijtimak Guru dan Sambutan Hari Guru di peringkat sekolah, zon dan Jabatan
- Mengurus dan menyelaras aktiviti beruniform, persatuan dan kelab di sekolah
UNIT PEPERIKSAAN
- Merancang, mengurus, melaksana dan menyelaras hal ehwal peperiksaan
- Merancang, mengurus dan melaksanakan peperiksaan UPSRA
- Mengurus dan menyelaras peperiksaan UPKK di seluruh kelas KAFA Wilayah-wilayah Persekutuan
- Merancang dan mengurus proses penyediaan soalan, dari aspek penggubalan dan pengesahan soalan Semester 1 dan 2
- Merancang dan menyelaras pengurusan peperiksaan kebangsaan seperti PMR, SPM dan STAM
UNIT HAL EHWAL MURID
- Mengurus, merancang, menyelia dan menyelaras hal ehwal berkaitan hal ehwal murid seperti program pembangunan modal insan, kebersihan dan keceriaan sekolah dan bantuan buku sumber / teks di peringkat sekolah, zon dan ibu pejabat
- Mengurus dan menyelaras aktiviti ko-kurikulum di peringkat sekolah
AKTIVITI
- Pengurusan kurikulum dan sukatan mata pelajaran
- Pengurusan Buku Teks / Sumber
- Pengurusan aktiviti Ko-kurikulum seperti Program Ihtifal dan Majlis Khatam al-Quran
- Pengurusan Pelaksanaan Peperiksaan UPSRA /UPKK
- Pengurusan Hal Ehwal Murid
Jumlah paparan: 40219