Cawangan Labuan
PENGENALAN
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan telah ditubuhkan pada 16 April 1984 dan mempunyai 7 cawangan iaitu:
- Cawangan Khidmat Pengurusan
- Cawangan Penguatkuasaan
- Cawangan Pelajaran
- Cawangan Pengurusan Masjid
- Cawangan Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga
- Cawangan Pengurusan Dakwah
- Cawangan Penyelidikan
FUNGSI
CAWANGAN KHIDMAT PENGURUSAN
- Mengurus Kewangan Jabatan.
- Mengurus Perolehan Jabatan.
- Mengurus Hal-Ehwal Pentadbiran.
- Mengurus Pembangunan Sumber Manusia.
CAWANGAN PENGUATKUASAAN
- Berusaha memenuhi kehendak pelanggan melalui sistem penggunaan yang telus, cekap, berhikmah, berani, berkesabaran tinggi dan berbudi bahasa.
- Berusaha memberi kefahaman yang tinggi kepada anggota bahagian dan masyarakat bahawa penguatkuasaan undang-undang hanyalah sebahagian kecil dari cabang-cabang tugas mencegah kemungkaran.
- Melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang dengan penuh bertanggungjawab, efisien,cepat, cekap dan betul mengikut proseduur yang ditetapkan.
- Memberi perkhidmatan yang cekap dan telus terhadap semua permasalahan yang melibatkan kepentingan agama Islam dan orang melayu di Wilayah Persekutuan.
CAWANGAN PELAJARAN
- Merancang dan mengurus sistem pengurusan dan pentadbiran Sekolah Rendah Agama Islam (SRA).
- Mengurus dan menyelaras penempatan guru-guru SRA dan KAFA sepenuh masa.
- Merancang, mengurus, dan menyelaras aktiviti-aktiviti tahunan sekolah.
- Mengurus dan menyelaras permohonan atau terimaan bantuan baik pulih, peralatan dan Bahan Bantu Mengajar (BBM).
- Merancang dan menyelaras pembangunan fizikal/ infrastruktur sekolah atau perancangan pembinaan sekolah/ bangunan baru.
- Mengurus dan menyelaras Laporan Pengurusan Sekolah dan Laporan Kewangan Mengurus dan memproses permohonan penubuhan dan pendaftaran SRA dan KAFA.
CAWANGAN PENGURUSAN MASJID
- Mewujudkan struktur organisasi yang berkesan dalam pentadbiran masjid dan surau.
- Melahirkan masyarakat yang menghormati, menghayati dan menyintai masjid dan surau.
- Melahirkan para pegawai dan kakitangan masjid dan surau yang terlatih dan bermaklumat.
- Mempertingkatkan tahap kebersihan dan keceriaan masjid dan surau.
- Mempertingkatkan tahap pengurusan dan pentadbiran tanah perkuburan.
CAWANGAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA
- Memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada masyarakat dalam urusan pernikahan, perceraian dan ruju'.
- Memberi khidmat nasihat yang berkesan dalam menyelesaikan masalah kekeluargaan Islam.
- Untuk memperkukuhkan peranan institusi kekeluargaan Islam bagi menghadapi alaf baru selaras dengan tuntutan agama.
CAWANGAN PENGURUSAN DAKWAH
- Melaksanakan dan bertanggungjawab menyebar dan memantapkan ajaran Islam kepada masyarakat dari segi akidah, ssyariah dan akhlak.
- Merangka, merancang dan melaksanakan program turun padang atau lawatan ke rumah saudara baru Islam.
- Merangka, merancang dan melaksanakan program Hari Kebesaran Islam.
CAWANGAN PENYELIDIKAN
- Memproses permohonan pengesahan samak.
- Memproses permohonan kebenaran menyembelih dan pemantauan pusat penyembelihan.
- Menyediakan perkhidmatan pelupusan Al-Quran dan buku-buku agama yang lama.
- Memantau aktiviti keagamaan dan isu-isu akidah.
- Mengurus pelupusan teks Al-Quran.
- Mengkaji dan menapis bahan-bahan penerbitan berunsur Islam yang disyaki bercanggah dengan ajaran Islam/ Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
PERKHIDMATAN
- Menyediakan tempat ibadah yang selesa.
- Menyediakan tempat pendidikan Islam kepada kanak- kanak berumur 12 tahun melalui Tadika Islam dan Sekolah Rendah Agama Islam (SRA)
- Menyediakan imam jurunikah yang bertauliah bagi setiap zon
- Menyediakan pendaftar perkahwinan, penceraian dan ruju'
- Menyediakan perkhidmatan pegawai rundingcara dan masalah keluarga
- Menyediakan pendaftaran saudara baru
- Menyediakan kelas- kelas pengajian tarannum
- Menyediakan perkhidmatan kereta jenazah
- Menyediakan kelas- kelas pengajian tarannum dan kafa
- Menyediakan khidmat kelas pengajian saudara baru.