Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
PENGENALAN Cawangan Pengurusan Sumber Manusia merupakan satu unit pengurusan personel di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan JAWI yang diterajui oleh seorang Ketua Penolong Pengarah, seorang Penolong Pengarah Gred M41 dan Jawatan Kumpulan Sokongan Pelbagai Gred. Terbahagi kepada 2 Seksyen : i) Seksyen Pengurusan Sumber Manusia ii) Seksyen Pembangunan Sumber Manusia FUNGSI Secara umum, Cawangan ini mempunyai 4 skop atau bidang kuasa yang utama :- a) Perkhidmatan Melibatkan pengesahan pelantikan,pengurusan gaji dan elaun, pengesahan jawatan, pemberian taraf berpencen,pengurusan permohonan peperiksaan, pentadbiran sistem HRMIS, pengurusan pencen, pengurusan cuti, urusan pemangkuan dan penanggungan kerja. b) Perjawatan Melibatkan penyediaan dan pengemaskinian maklumat perjawatan, pengisian perjawatan, permohonan pertukaran, penyediaan kertas cadangan pengstrukturan semula (re-org), permohonan pengambilan kerja khidmat singkat, permohonan perjawatan kontrak dan sebagainya. c) Latihan Merancang dan menganjurkan kursus/bengkel/seminar dan seumpanya untuk disertai oleh pegawai dan kakitangan JAWI, menyelaras Permohonan Kursus anjuran INTAN, JPA, ILIM dan Agensi-Agensi lain serta mengurusetiakan Bengkel/Kursus dan Mesyuarat d) Pengurusan Tatatertib Menyediakan Laporan Tatatertib untuk dipanjangkan kepada Lembaga Tatatertib untuk dipanjangkan kepada Lembaga Tatatertib JAKIM setelah mendapat laporan daripada bahagian-bahagian.
Tujuan utama permohonan pertukaran dibangunkan sebagai satu mekanisme dalam mengurus dan memudahkan urusan permohonan pertukaran dan cara berurusan secara lebih telus dan transparent . Selain itu, urusan Permohonan Pertukaran Antara Kementerian/Jabatan adalah melibatkan Keurusetiaan Pertukaran Di Bahagian Perkhidmatan, JPA bagi Pegawai–Pegawai Perkhidmatan Gunasama Persekutuan sahaja.
|