05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:05
Zohor
16:28
Asar
19:02
Maghrib
20:17
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Bahagian: Perkahwinan & Pembangunan Keluarga

PERKAHWINAN & PEMBANGUNAN KELUARGA

Pengenalan

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) yang dahulunya dikenali sebagai Bahagian Undang-Undang Syariah (PUS) merupakan salah satu bahagian di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Bahagian ini terdiri daripada 3 cawangan iaitu:

  • Pentadbiran & Kewangan

    Bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran dan kewangan bahagian.
     

  • Perkahwinan, Perceraian dan Ruju'

    Bertanggungjawab terhadap semua urusan pernikahan, perceraian dan ruju' orang Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
     

  • Rundingcara dan Pembangunan Keluarga Islam

    Bertanggungjawab terhadap aduan dan penyelesaian masalah rumahtangga sebelum membuat tuntutan ke Mahkamah Syariah manakala Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan aktiviti atau program pengukuhan institusi kekeluargaan.
     


Bidang kuasa bahagian ini terikat sepenuhnya di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303)

 

Fungsi

  1. Menguruskan Urusan Pendaftaran Nikah, Cerai & Ruju'
  2. Melaksanakan Rundingcara Keluarga Dengan Memberi Khidmat Runding Keluarga (Kaunseling)

 

Proses Kerja

Piagam Pelanggan

Desk Officer

Rundingcara dan Pembangunan Keluarga Islam

 Pengenalan

Cawangan Rundingcara dan Pembangunan Keluarga Islam bertanggungjawab terhadap aduan serta penyelesaian masalah rumahtangga serta merancang dan melaksanakan aktiviti atau program pengukuhan institusi kekeluargaan.

Cawangan ini terbahagi kepada dua unit iaitu:-

  1. Unit Rundingcara Keluarga 
  2. Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI)

 Fungsi Cawangan

  1. Memberi perkhidmatan rundingcara dan nasihat dalam menyelesaikan masalah kekeluargaan Islam.
  2. Membantu menyelesaikan masalah kekeluargaan yang dihadapi oleh pasangan-pasangan yang berkahwin. 
  3. Mengadakan sesi rundingcara dan bimbingan kepada pengaduan kes masalah rumahtangga bagi aduan rasmi / kes-kes berdaftar.
  4. Mengadakan sesi rundingcara dan bimbingan kepada pengaduan kes masalah rumahtangga bagi aduan secara hotline atau kes pandangan.
  5. Menyediakan laporan kes rundingcara untuk di kemukakan ke Mahkamah Syariah.
  6. Menjadi Urusetia kepada aktiviti yang dijalankan oleh Unit.
  7. Pengendalian Jawatankuasa Pendamai yang dilantik oleh Mahkamah Syariah.
  8. Urusetia pengendalian seminar pemantapan keluarga.
  9. Merancang serta menyelaras perkhidmatan Pusat Pembangunan Keluarga Islam berdasarkan modul-modul yang ditetapkan.
  10. Merancang dan menyediakan kursus/bengkel/ forum berkaitan dengan permasalahan masyarakat di Pusat-pusat Khidmat Sosial.
  11. Menyelaras dan menyelia tugas-tugas yang dilakukan oleh kakitangan Pusat pembangunan   Keluarga Islam.
  12. Menyelaras program-program dengan agensi luar.
  13. Menjalankan pemantauan keatas Pusat-Pusat Khidmat Sosial.
  14. Bertanggungjawab terhadap Pusat-pusat Kursus Pra-Perkahwinan yang dilantik.

Pentadbiran & Kewangan

Fungsi Cawangan

  1. Menguruskan pentadbiran am dan keselamatan pejabat.
  2. Menguruskan peralatan dan kelengkapan pejabat.
  3. Menguruskan pengendalian fail-fail pentadbiran dan surat-menyurat.
  4. Mengedarkan pekeliling-pekeliling dan surat-surat pekeliling.
  5. Menguruskan rekod cuti pegawai dan kakitangan bahagian.
  6. Menguruskan pengendalian perbelanjaan mengurus dan belanjawan tahunan bahagian.
  7. Menguruskan sistem komputer dan keselamatan dokumen rasmi.
  8. Menguruskan resit-resit dan terimaan/kutipan wang.
  9. Penyeliaan petugas kaunter.
  10. Menguruskan mutu khidmat pelanggan.
  11. Menguruskan khidmat latihan/praktikal.
  12. Menguruskan kebajikan dan kursus kakitangan.
  13. Menyediakan pamplet/brosur aktiviti bahagian.
  14. Menguruskan laporan tahunan bahagian.
  15. Menjadi urusetia program/kursus anjuran bahagian.

Sub-kategori

1.       Memastikan urusan perkahwinan, perceraian dan ruju' dibuat mengikut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).2.       Memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada masyarakat dalam urusan perkahwinan, perceraian dan ruju' di Wilayah Persekutuan.
Prosedur-prosedur Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga.
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar