06:11
Subuh
07:43
Dhuha
13:24
Zohor
16:32
Asar
19:26
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

ZIARAH AR-RIQAB BERSAMA YBM SENATOR DATO' SETIA DR. HJ. MOHD NAIM MOKHTAR SEMPENA IHYA' RAMADAN KOMUNITI DISAYANGI

483101672 1034237131853461 8486973590546139495 n

14 MAC 2025M / 13 RAMADAN 1446H (JUMAAT) - Seramai 200 asnaf dari kalangan Rakan Jalanan yang terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa disantuni sempena Program Ihya Ramadan Komuniti Disayangi melalui Program Ziarah Ar-Riqab Yang Berhormat YBM Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim bin Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), yang diiringi oleh Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah JAWI.

Program anjuran JAWI dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Ar-Riqab Kuala Lumpur, bertempat di Pusat Dakwah dan Kebajikan Singgah Teduh Nur Qaseh (STNQ), Chow Kit ini sebagai usaha galakan menghidupkan bulan Ramadan yang mulia di kalangan komuniti. Program dimulakan dengan pengisian bermakna daripada Da’i Fuad dalam usaha menjentik hati para jemputan. Program diteruskan dengan iftar jamaie dan solat berjemaah yang diimamkan oleh al-Fadil Ustaz Abdull Basir bin Mahadi.

YB Menteri turut menyampaikan sumbangan keperluan diri kepada peserta sebagai persediaan menyambut hari raya. YB Menteri turut menyatakan komitmen dalam memastikan JAWI dan MAIWP memberi kerjasama sepenuhnya kepada mana-mana NGO yang berperanan di lapangan agar khidmat kebajikan dan dakwah diurus secara holistik.

483062898 1034237158520125 3489412228207540108 n 483067189 1034237328520108 5481498894194067692 n
484049838 1034247141852460 4434442166527371600 n 484335506 1034237305186777 5086936881421711568 n
484799203 1034237225186785 505825203507974576 n 484789976 1034247035185804 7224321778860089693 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar