IHYA' RAMADAN BERSAMA KOMUNITI DISAYANGI SIRI 2/2025
15 MAC 2025M / 14 RAMADAN 1446H (SABTU) - Program Ihya Ramadan Komuniti Disayangi Siri 2 telah dilaksanakan dengan jayanya di Warung Makan Sahabat, Chow Kit. Warung Makan Sahabat merupakan salah sebuah pusat aktiviti dan kebajikan bagi Komuniti Disayangi di sekitar Chow Kit. Di sini Rakan-rakan Jalanan mendapatkan makanan secara percuma di samping kelas pengajian fardhu ain yang disediakan khusus untuk para mualaf.
Dalam program tersebut seramai hampir 30 orang pelanggan Warung Makan Sahabat hadir mengikuti ceramah yang disampaukan oleh Ustaz Syafiq Liow. Para peserta tu disediakan makanan berbuka dan seterusnya menunaikan solat Maghrib berjemaah.
Dalam memastikan setiap anggota masyarakat dibimbing dengan ajaran Islam dan tidak ketinggalan menunaikan tuntutan agama, JAWI bersama dengan rakan-rakan strategik akan sentiasa melebar risalah Islam agar Islam terus kekal di bumi bertuah ini.
Program berakhir dengan sesi penyampaian sumbangan berbentuk set barangan kendiri dan persiapan menyambut Aidilfitri.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan