KUNJUNGAN HORMAT 'ILAJ HOME KE BAHAGIAN PEMBANGUNAN ASNAF MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (BPA MAIWP)
13 MAC 2025 / 12 RAMADAN 1446H (KHAMIS) - Satu kunjungan hormat telah dilaksanakan oleh Cawangan ‘Ilaj Home yang diketuai oleh YBrs. Encik Lukman bin Mohd Hosni, Ketua Penolong Pengarah ke BPA MAIWP yang telah disambut oleh YBrs. Encik Ahmad Saifuddin bin Md Tahir, Pengurus BPA. Turut hadir bersama YBrs. Puan Maznah binti Yusof, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kompleks Darul Hidayah.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak BPA MAIWP dalam pembangunan modal insan dan latihan kemahiran kepada Orang yang Hidup Dengan HIV/AIDS (ODHA/PLHIV).
Semoga dengan kerjasama ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dalam membantu meningkatkan kemahiran klien serta peluang kebolehpasaran mereka pada masa akan datang.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan