06:13
Subuh
07:44
Dhuha
13:25
Zohor
16:35
Asar
19:27
Maghrib
20:36
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

AUDIT PENGURUSAN DAN PEMATUHAN DOKUMEN NIKAH, CERAI DAN RUJU’ (NCR), RUNDING CARA (RC) DAN SISTEM PENGURUSAN PERKAHWINAN ISLAM MALAYSIA (SPPIM) DI JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI), CAWANGAN PUTRAJAYA

7 Mac 2025 (Jumaat) I 6 Ramadhan 1447H - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah menjalankan Audit Pengurusan dan Pematuhan Dokumen NCR, RC dan SPPIM di JAWI Cawangan Putrajaya selama 2 hari bermula 6 – 7 Mac 2025.

Program ini adalah selaras dengan Teras 5, Sasaran Kerja Strategik (SKS) JAWI bagi memantapkan tadbir urus NCR dan RC di Wilayah-Wilayah Persekutuan.  Ia adalah program susulan pengauditan pengurusan, dokumen dan fail yang pernah dilaksanakan pada tahun 2023.

Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk melihat sejauh mana pelaksanaan dan teguran yang telah diberi sebelum ini dipatuhi dan ditambahbaik. Skop pengauditan telah memfokuskan kepada dokumen Kebenaran Berkahwin, dokumen NCR dan salinan, dokumen RC serta backlog SPPIM. Hasil daripada pengauditan kali ini mendapati terdapat beberapa isu baharu yang perlu diperbaiki terutama berkaitan dengan dokumen lampiran, pemfailan.dan penyimpanan dokumen serta penggunaan SPPIM 2.0.

Seramai 5 orang juruaudit yang dilantik secara dalaman bagi melaksanakan program ini. Teguran serta cadangan penambahbaikan telah dibentangkan kepada Pn. Filzah Farah binti Zainoddin, Ketua Cawangan Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (CPPK), pegawai dan kakitangan CPPK, JAWI Putrajaya. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa perkara yang boleh dicontohi dan digunapakai bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan yang lain bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.WhatsApp Image 2025 03 11 at 8.07.49 AM


Cetak   Emel
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar