MAJLIS SARINGAN AKADEMI AL-QURAN WILAYAH PERSEKUTUAN (AQWA) TAHUN 2025
19 FEBRUARI 2025M | 20 SYAABAN 1446H (RABU) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Majlis Saringan Akademi al-Quran Wilayah Persekutuan (AQWA) Tahun 2025 bertempat di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Program yang memasuki tahun kedua ini telah menerima penyertaan seramai 85 orang Qari dan Qariah dari Wilayah Persekutuan. Para peserta yang berjaya melepasi saringan ini akan menyertai Akademi Al-Quran Wilayah Persekutuan (AQWA) sebagai inisiatif JAWI bertujuan melahirkan Qari dan Qariah yang bermutu dan mampu bersaing dengan cemerlang di peringkat negeri dan seterusnya mewakili Wilayah Persekutuan ke Peringkat Kebangsaan.
Majlis Saringan AQWA ini telah diadili oleh empat (4) orang Jemaah Hakim yang berpengalaman luas dalam bidang al-Quran dan seni tilawah al-Quran iaitu Tuan Haji Abdul Khair bin Jalil, Dr. Muhammad Lukman bin Ibrahim, Tuan Haji Abdul Aziz bin Mohd Noor dan Dr Hjh. Normalina binti Alias.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan