06:16
Subuh
07:48
Dhuha
13:28
Zohor
16:42
Asar
19:28
Maghrib
20:38
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KUNJUNGAN HORMAT 'ILAJ HOME KE INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL (IKB) MAIWP

15784356 94c3 436c bc7d a60ad5b8bc51

 

26 FEBRUARI 2025M | 27 SYAABAN 1446H (RABU) - Satu kunjungan hormat telah dilaksanakan oleh Cawangan ‘Ilaj Home yang diketuai oleh YBrs. Encik Lukman bin Mohd Hosni, Ketua Penolong Pengarah ke Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) MAIWP yang telah disambut oleh YBrs. Puan Ts. Rohaya binti Sulong, Timbalan Pengetua mewakili Pengetua IKB. Turut hadir bersama YBrs. Puan Maznah binti Yusof, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kompleks Darul Hidayah.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak IKB dalam aspek pembangunan modal insan dan pengurusan latihan kemahiran kepada Orang yang Hidup Dengan HIV/AIDS (ODHA/PLHIV).

Delegasi juga turut dibawa ke kelas-kelas kemahiran yang disediakan seperti Rekaan Fesyen Pembuatan Pakaian Lelaki serta Perkhidmatan dan Penyajian Makanan. Semoga dengan kerjasama ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dalam membantu meningkatkan kemahiran klien serta peluang kebolehpasaran mereka pada masa akan datang.

 

 

a0cd0b30 6321 4de5 8b5e d06bd948ab78 76759612 9990 4253 adc7 9d471e9c663d
5a875952 4bdd 44f7 84a0 7df82ca6a5d1 5f16e11a d611 4427 99c7 cdb5698c4f28
fdd949cd 9122 40fb a886 335e252d1ab3 6dac3afa 4127 4e8b 83e3 cd07da86a292

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar