06:18
Subuh
07:50
Dhuha
13:29
Zohor
16:47
Asar
19:29
Maghrib
20:39
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR AMBANG RAMADAN 2025M/1446H

WhatsApp Image 2025 02 20 at 10.35.38 AM

 

19 FEBRUARI 2025M | 20 SYAABAN 1446H (RABU) – Seminar Ambang Ramadan Peringkat Wilayah Persekutuan 2025 yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah berlangsung di Dewan Syarahan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Seminar ini berjaya menarik lebih daripada 300 peserta dari pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang hadir bagi meningkatkan kefahaman tentang ibadah puasa serta persiapan menjelang Ramadan. Seminar ini turut dihadiri oleh peserta dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) pendengaran.

Majlis yang bermula pada pukul 8.00 pagi itu dimulakan dengan sesi forum bertajuk "Diterimakah Puasaku Selama Ini?" yang dikendalikan oleh YBrs. Ustaz Muhammad Amirul bin Azmi selaku moderator. Panel jemputan terdiri daripada YBrs. Dr. Abdul Muhaimin bin Mahmood dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan YBrs. Dr. Ahmad Ihsan bin Abu Bakar dari Hospital Pakar PUSRAWI. Forum tertumpu kepada perbincangan dua aspek utama iaitu dari sudut syarak dan kesihatan meliputi maqasid dan kepentingan ibadah sepanjang Ramadan serta panduan kesihatan bagi memastikan puasa dapat dilakukan dengan lebih baik.

Seminar diteruskan dengan sesi pembentangan kertas kerja bertajuk “Kaedah Penetapan Awal Ramadan di Malaysia” oleh YBrs. Ustaz Shahril Azwan bin Hussin, seorang pakar dalam bidang falak dari JAKIM. Pembentangan ini memberikan pencerahan kepada peserta mengenai kaedah rukyah dan hisab yang digunakan dalam menentukan awal Ramadan serta Hari Raya Aidilfitri, sekali gus mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Seminar ini telah dirasmikan oleh YBrs.Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi JAWI yang turut dihadiri oleh Puan Imlah binti Abd Aziz, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Program ini turut dijayakan dengan pameran dan pemeriksaan kesihatan oleh Hospital Pakar PUSRAW. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan Kolesterol, rundingan pemakanan oleh pakar pemakanan, rundingan fisioterapi serta rundingan Antenatal & Penyusuan Susu Ibu.

Para peserta seminar memberikan maklum balas yang amat positif terhadap pengisian program ini. Salah seorang peserta yang sempat ditemu bual dari sebuah jabatan di Kuala Lumpur menyatakan bahawa seminar ini sangat bermanfaat kerana membantunya memahami aspek kesihatan semasa berpuasa, khususnya bagi individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes dan hipertensi. Selain itu, beliau juga dapat menambah pengetahuan mengenai proses teliti yang diambil dalam menentukan awal bulan Ramadan serta permulaan bulan hijrah yang lain.

Diharap Seminar Ambang Ramadan 2025 mencapai matlamat dalam meningkatkan kesedaran serta kefahaman semua peserta yang hadir mengenai kewajipan menunaikan ibadah puasa dan persiapan menjelang bulan Ramadan seterusnya dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih berkualiti dan diterima oleh Allah SWT.

 

 

WhatsApp Image 2025 02 19 at 2.09.03 PM WhatsApp Image 2025 02 20 at 10.35.35 AM 1
WhatsApp Image 2025 02 20 at 10.35.36 AM WhatsApp Image 2025 02 20 at 10.35.36 AM 1
WhatsApp Image 2025 02 20 at 10.35.37 AM WhatsApp Image 2025 02 20 at 10.35.36 AM 2

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar