06:18
Subuh
07:50
Dhuha
13:30
Zohor
16:47
Asar
19:29
Maghrib
20:39
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KUNJUNGAN HORMAT JAWI KE BAHAGIAN KONSULAR, KEMENTERIAN LUAR NEGERI MALAYSIA, WISMA PUTRA, PUTRAJAYA

WhatsApp Image 2025 02 14 at 11.17.48 AM  

13 Februari 2025 I 14 Syaaban 1446H (Khamis) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri Malaysia, Wisma Putra, Putrajaya.

Delegasi JAWI telah diketuai oleh YBrs Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi (TPO) JAWI bersama 13 orang pegawai kanan yang terdiri daripada Ketua Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Bahagian Penguatkuasaan (BPK), Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD), Bahagian Penyelidikan (BPY), JAWI Cawangan Putrajaya, JAWI Cawangan Labuan serta pegawai-pegawai JAWI lain.

Kunjungan hormat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohammad Ali bin Selamat, Setiausaha Bahagian, Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri Malaysia. Antara tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah bagi menjalinkan kerjasama antara agensi dan mendapatkan perkongsian maklumat berkaitan dengan isu perkahwinan dan perceraian di luar negara, pengesahan dokumen, pengecualian pengesahan dokumen warganegara asing di Wilayah Persekutuan Labuan dan sebagainya.

Diharap dengan terjalinnya hubungan dua hala antara JAWI dan Kementerian Luar Negeri Malaysia ini akan dapat mengukuhkan jaringan kerjasama dan ukhuwah antara dua agensi di samping dapat menyelesaikan pelbagai permasalahan yang berlaku dalam usaha memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

 
WhatsApp Image 2025 02 14 at 11.17.47 AM WhatsApp Image 2025 02 14 at 11.17.47 AM 1    
WhatsApp Image 2025 02 14 at 11.17.48 AM WhatsApp Image 2025 02 14 at 11.17.48 AM 1    

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar