06:18
Subuh
07:50
Dhuha
13:30
Zohor
16:47
Asar
19:29
Maghrib
20:39
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL PEMURNIAN DRAF PINDAAN KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG- UNDANG ISLAM (WILAYAH- WILAYAH PERSEKUTUAN) (CARA PENDAFTARAN, JAGAAN DAN PENGAJARAN MUALAF) 2013

WhatsApp Image 2025 02 05 at 9.15.37 AM

 

31 JANUARI 2025M | 09 SYAABAN 1446H (JUMAAT) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Draf Pindaan Kaedah-kaedah Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Cara Pendaftaran, Jagaan dan Pengajaran Muallaf) 2013 di Putrajaya.

Pelaksanaan bengkel ini bagi memenuhi Pelan Strategik Pengurusan Muallaf Wilayah Persekutuan 2022-2026 yang menetapkan Penggubalan Kaedah bagi pelantikan Ketua Pendaftar Muallaf di Wilayah Persekutuan bagi tujuan memperkasakan pengurusan hal ehwal muallaf secara holistik. Ianya selari dengan kelulusan RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 di Dewan Negara pada Disember 2024. Pelbagai isu dan penambahbaikan telah dicadangkan dalam bengkel ini termasuk cadangan pelantikan Pendaftar Muallaf di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan serta penambahbaikan pelaksanaan Majlis Pengislaman serta gubalan borang pendaftaran pengislaman sedia ada bagi melancarkan lagi proses pengislaman dan pendaftaran muallaf.

Bengkel ini berjaya diaksanakan hasil komitmen jitu dari peserta bengkel yang terdiri daripada pelbagai bidang kepakaran, termasuk wakil dari Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-undang Jabatan Peguam Negara, Bahagian Undang-undang JAKIM, Unit Undang-undang MAIWP, Bahagian Agihan Zakat MAIWP, Unit Konsultasi Akidah Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur, Bahagian Visa, Pas dan Permit Jabatan Imigresen Malaysia dan Bahagian Kad Pengenalan Jabatan Pendaftaran Negara serta Pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Majlis Penutupan dan perasmian bengkel telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, dengan kehadiran Puan Imlah binti Abd Aziz, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah serta Encik Mohd Sahirman bin Ahmad selaku Pendaftar Muallaf bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Diharapkan agar bengkel ini mencapai matlamat yang telah ditetapkan, dan pengurusan hal ehwal muallaf di Wilayah Persekutuan terus berkembang dan maju.

WhatsApp Image 2025 02 05 at 9.15.36 AM WhatsApp Image 2025 02 05 at 9.15.37 AM 1
WhatsApp Image 2025 02 05 at 9.15.38 AM WhatsApp Image 2025 02 05 at 9.15.37 AM 2

 

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar