06:18
Subuh
07:50
Dhuha
13:30
Zohor
16:47
Asar
19:29
Maghrib
20:39
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS PENYERAHAN SURAT MAKLUMAN PELANTIKAN PENDAFTAR KANAN DAN PENDAFTAR PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJU’ ORANG ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

 

                                                                         WhatsApp Image 2025 01 27 at 10.37.08 AM

23 Januari 2025 | 23 Rejab 1446H (Khamis) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan Majlis Ringkas Penyerahan Surat Makluman Pelantikan Pendaftar Kanan dan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah Persekutuan, bersempena dengan program Bengkel Pemurnian Pelan Kesinambungan Perkhidmatan JAWI bertempat di Lexis Suites Penang, Bayan Lepas, Pulau Pinang.23 Januari 2025 | 23 Rejab 1446H (Khamis) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan Majlis Ringkas Penyerahan Surat Makluman Pelantikan Pendaftar Kanan dan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah Persekutuan, bersempena dengan program Bengkel Pemurnian Pelan Kesinambungan Perkhidmatan JAWI bertempat di Lexis Suites Penang, Bayan Lepas, Pulau Pinang.


Majlis ini disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah JAWI dengan penyerahan surat makluman pelantikan kepada YBrs. Encik Mohd Suhaimi bin Mohd Yusof, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Putrajaya atas pelantikannya sebagai Pendaftar Kanan Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PNCR(K)) Orang Islam Merangkap Wali Raja Wilayah Persekutuan Putrajaya. 


YBrs Encik Mohd Suhaimi turut mewakili 3 orang penerima lain yang terdiri daripada seorang Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PNCR) Orang Islam Merangkap Wali Raja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PNCR) Orang Islam Merangkap Wali Raja Wilayah Persekutuan Putrajaya dan seorang Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PNCR) Orang Islam Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Turut hadir dalam majlis ini YBrs Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK, JAWI merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (KPNCR) Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan.


Pihak Jabatan merakamkan ucapan tahniah kepada pemegang tauliah baharu atas pelantikan sebagai PNCR(K) dan PNCR Wilayah-Wilayah Persekutuan. Semoga kesungguhan dan keikhlasan dalam melaksanakan amanah ini akan beroleh sebaik-baik ganjaran dari Allah SWT.

WhatsApp Image 2025 01 27 at 10.37.08 AM WhatsApp Image 2025 01 27 at 10.44.06 AM

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar