MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL MUALAF WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2024
14 November 2024M | 12 Jamadillawal 1446H (KHAMIS) – JAWI menerusi Cawangan Kebajikan Saudara Baru (CKSB), Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) telah mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah Persekutuan (JKHEMWP) Kali Ke-23 Bilangan 3/2024 yang dipengerusikan oleh YBhg. Professor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Pengerusi JKHEMWP merangkap Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Mesyuarat telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Abu Bakar, Aras 1, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi, Selangor. Agenda mesyuarat membincangkan Pelaporan Pendaftaran Pengislaman di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bagi tempoh Januari sehingga Oktober 2024, Pelaporan Kes Permohonan Pengisytiharan Status Agama, Laporan RTD 14 Oktober 2024, Cadangan Penubuhan Pasukan Sukarelawan Mualaf - Rakan Cakna Mualaf WP dan Cadangan Pelaksanaan Pemberian Ganjaran Atau Imbuhan Kepada Individu Yang Berjaya Menarik Masyarakat Non Muslim Terhadap Islam, Juru Syahadah dan Saksi Pendaftaran Masuk Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Tahun 2025. Mesyuarat berakhir pada jam 1.00 tengah hari dengan ucapan penutup oleh YBhg. Professor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Pengerusi JKHEMWP yang sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang sentiasa memberikan komitmen tinggi dalam menjaga pengurusan hal ehwal mualaf Wilayah-wilayah Persekutuan. |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan