BENGKEL PENGHASILAN BAHAN KANDUNGAN DAKWAH KREATIF TAHUN 2024
15 November 2024M | 14 Jamadilawal 1446H (JUMAAT) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Bengkel Penghasilan Bahan Kandungan Dakwah Kreatif Tahun 2024 pada 12 November sehingga 15 November 2024 bertempat di Hotel Avillion, Port Dickson Negeri Sembilan. Bengkel telah dihadiri oleh peserta daripada institusi seperti INCEIF, Bursa Malaysia Berhad, Suruhanjaya Sekuriti, AIBIM, TRX, IGTC, IPSI, Yayasan Restu dan juga di kalangan pegawai JAWI. Tujuan bengkel ini adalah untuk percambahan idea kreatif dan mengumpulkan bahan- bahan berkaitan sistem kewangan Islam dan dakwah Islamiah menerusi pembentangan oleh ahli berkepakaran dalam bidang tersebut. Ia akan direalisasikan sebagai paparan dakwah umum kepada masyarakat di Wilayah-wilayah Persekutuan dalam bentuk digital dan interaktif. Semoga hasil daripada bengkel ini mampu memartabatkan lagi usaha dakwah dan memberi impak positif kepada masyarakat terutamanya di Wilayah - Wilayah Persekutuan. |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan