05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:04
Zohor
16:26
Asar
19:01
Maghrib
20:15
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS PEMBANGUNAN SAHSIAH TENAGA PENGAJAR MUALAF WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2024

kps1

 

10 November 2024M | 8 Jamadillawal 1446H (AHAD) – JAWI menerusi Cawangan Kompleks Darul Hidayah (CKDH), Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Kursus Pembangunan Sahsiah Tenaga Pengajar Mualaf Wilayah Persekutuan Tahun 2024 yang bertempat di Hotel Ehsan Sea View, Port Dickson. Kursus ini berlangsung selama tiga (3) hari mulai 8 hingga 10 November 2024. Seramai 26 orang Tenaga Pengajar Kompleks Darul Hidayah (KDH) dan pegawai-pegawai dari Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah hadir memberikan komitmen sepenuhnya.

Kursus ini dikendalikan oleh 4 orang fasilitator dan penceramah jemputan, diketuai oleh Encik Yusnizan bin Md Yusof, Ketua Unit Disiplin, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah, Kementerian Belia dan Sukan.

Sepanjang kursus ini berlangsung, pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan berbentuk latihan luar dan dalam bilik darjah. Di antara aktiviti utama yang dilaksanakan adalah Ice-breaking, bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara peserta dan meluaskan jaringan komunikasi antara satu sama lain.

Selain itu, latihan berbentuk kepimpinan untuk memfokuskan kepada cara-cara untuk memimpin dengan bijaksana dalam konteks mengajar mualaf. Seterusnya, simulasi penyelesaian masalah untuk memberi peluang kepada peserta dalam menangani situasi pengajaran mencabar dan mencari solusi secara berkumpulan. Aktiviti terakhir adalah perbincangan kumpulan iaitu membincangkan pelbagai isu yang dihadapi oleh tenaga pengajar mualaf dan mencadangkan penyelesaian yang berkesan.

Objektif utama kursus ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama di kalangan tenaga pengajar mualaf di samping meningkatkan kemahiran komunikasi efektif dalam pengajaran dan pembelajaran berkesan. Selain itu, kursus ini bertujuan untuk mengasah kemahiran kepimpinan dalam menghadapi cabaran pengajaran dan pembelajaran serta membina hubungan yang lebih erat antara tenaga pengajar dengan peserta mualaf.

Majlis Perasmian Penutup Kursus Pembangunan Sahsiah Tenaga Pengajar Mualaf Wilayah Persekutuan Tahun 2024 telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Maznah binti Yusof, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kompleks Darul Hidayah, mewakili Pengarah JAWI dan turut dihadiri oleh YBrs. Encik Mohd Sahirman bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kebajikan Saudara Baru. Di dalam ucapan beliau menekankan pentingnya meneruskan semangat kerjasama dan kepimpinan yang telah dipelajari semasa kursus. Diharapkan para tenaga pengajar dapat mengaplikasikan segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran mereka kepada golongan mualaf.

 

 

kps2 kps3
kps4 kps5
   

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar