PROGRAM PEMBANGUNAN KENDIRI (TOT) PENGURUS JENAZAH JAWI TAHUN 2024
10 November 2024M | 8 Jamadilawal 1446H (AHAD) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Program Pembangunan Kendiri (TOT) Pengurus Jenazah JAWI Tahun 2024. Program bermula pada 8 hingga 10 November 2024 bertempat di De Rhu Beach Resort Kuantan, Pahang. Seramai 35 orang ahli Pasukan Pengurus Jenazah JAWI telah menyertai program yang terdiri daripada pasukan pengurus jenazah daripada tiga wilayah (JAWI Kuala Lumpur, JAWI Cawangan Putrajaya dan JAWI Cawangan Labuan). Antara penceramah yang diundang ialah YBrs. Tuan Haji Abd. Rahman bin Roseley merupakan seorang jurulatih program dari RnH Maju Resources. Fokus pengisian adalah berkaitan “Komunikasi Berkesan” dan “Membentuk Imej Pengurus Jenazah Profesional”. Manakala YBrs Puan Hajjah Haslinda @ Robita binti Hashim merupakan Pensyarah dari Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah (UMPSA). Beliau mengupas tajuk “Pembentukan Kerja Berpasukan” dan para peserta juga didedahkan melalui kupasan tajuk “Keseimbangan Kerja Melalui Amalan Integriti” yang disampaikan oleh YBrs. Ustaz Dr. Mohd Suhardi juga daripada UMPSA. Majlis Perasmian Penutup kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan