LAWATAN ISTANA NEGARA KE PUSAT PEMULIAAN AL-QURAN DARUL KALAM
11 NOVEMBER 2024M I 09 JAMADILAWWAL 1446H (ISNIN) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi Bahagian Penyelidikan telah menerima kunjungan dan lawatan rasmi daripada pihak Istana Negara ke Pusat Pemuliaan al-Quran Darul Kalam yang beroperasi di Raudhatul Sakinah, Taman Selasih Kuala Lumpur.
Kunjungan ini diketuai oleh YBhg. Datuk Haji Munir bin Haji Md. Salleh, Pegawai Agama Istana bersama 43 orang wakil pihak Istana Negara telah disambut oleh YBrs. Puan Kartini binti Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan JAWI serta pegawai-pegawai dari Bahagian Penyelidikan JAWI.
Lawatan bermula dengan sesi taklimat oleh YBrs. Puan Haslizawati binti Ramli, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Penapisan Media, Bahagian Penyelidikan JAWI mengenai proses pemuliaan al-Quran yang telah rosak atau tidak lagi digunakan untuk dilupuskan.
Lawatan ini secara tidak langsung membuka ruang kepada pihak Istana Negara memahami dengan lebih mendalam usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak JAWI dalam memastikan kitab suci al-Quran dilupuskan selaras mengikut syarak di samping memastikan kesucian al-Quran itu kekal terpelihara dan mulia.
Menerusi lawatan ini, pihak Istana Negara turut berpeluang melihat sendiri kaedah pelupusan al-Quran melalui proses pemisahan setiap helaian yang dilaksanakan dengan penuh hormat sehingga ke peringkat pembakaran dalam relau pelupusan al-Quran dan pengumpulan abu al-Quran di Darul Kalam.
Disediakan oleh:
Cawangan Penapisan Media
Bahagian Penyelidikan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan