BENGKEL PEMURNIAN GARIS PANDUAN PUSAT KHIDMAT KELUARGA, SOSIAL DAN KOMUNITI (PERKHIDMATAN FASILITATOR) DI WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Garis Panduan PKKSK (Perkhidmatan Fasilitator) di Wilayah-Wilayah Persekutuan bertempat di Bilik Mesyuarat BPPK, JAWI, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur pada hari ini.
Objektif bengkel ini diadakan adalah bagi menyemak dan menambahbaik garis panduan sedia ada terutamanya mengenai pengurusan khidmat fasilitator di Wilayah Persekutuan supaya selaras dengan peruntukan undang-undang dan keperluan semasa.
Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs Ustzh Hasyidah binti Mohd Noor, Penolong Pengarah Kanan BPPK JAWI merangkap Ketua Cawangan Runding Cara dan Pembangunan Keluarga Islam (RCPKI). Program diteruskan lagi dengan penyampaian taklimat bengkel oleh YBrs. Ustaz Abdul Basir bin Mahadi selaku Penolong Pengarah Kanan merangkap Ketua Unit Pembangunan Keluarga Islam dan juga merupakan Penyelaras bagi Fasilitator & PKKSK di Wilayah Persekutuan.
Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada kalangan pegawai/ kakitangan di BPPK telah menghadiri bengkel pemurnian tersebut.
Pihak Jabatan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah kepada usaha kita untuk memartabatkan perkhidmatan agama di Wilayah Persekutuan khususnya perkhidmatan fasilitator PKKSK yang berdaya saing dan lebih cemerlang lagi berwibawa.
Disediakan oleh:
Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan