MENGASAH KEMAHIRAN MENYEMBELIH
7 NOVEMBER 2024 (KHAMIS)- Buat julung kalinya, Cawangan Pengurusan Halal, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Kursus Sembelihan Halal 2024 yang melibatkan penyertaan warga JAWI daripada Sektor Operasi. Kursus ini telah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan mendapat sambutan yang baik.Buat julung kalinya, Cawangan Pengurusan Halal, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Kursus Sembelihan Halal 2024 yang melibatkan penyertaan warga JAWI daripada Sektor Operasi. Kursus ini telah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan mendapat sambutan yang baik.
Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua peserta berkaitan sembelihan dan pensijilan halal serta mengoptimunkan kompetensi kemahiran menyembelih dalam kalangan warga JAWI.
Slot teori dan praktikal sembelihan ayam telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ziyaadi al-Hatim bin Mahpuz dari Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, manakala slot praktikal kambing dibimbing oleh Encik Mohd Khairi bin Selamat, jurusembelih berpengalaman.
Kursus ini telah dirasmikan oleh Puan Kartini binti Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Disediakan oleh:
Cawangan Pengurusan Halal
Bahagian Penyelidikan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan