KURSUS PENERANGAN PENGISLAMAN BERSAMA NGO ISLAM
30 OKTOBER 2024M | 27 RABIULAKHIR 1446H (RABU) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi Cawangan Kebajikan Saudara Baru (CKSB), Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Kursus Penerangan Pengislaman bersama NGO Islam bertempat di Dewan Muslimat Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta Kuala Lumpur. Sesi ketiga menampilkan penyampaian amanat oleh YBrs. Ustaz Mohd Sahirman bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kebajikan Saudara Baru kepada semua wakil NGO Islam. Beliau menegaskan agar pihak NGO memberi perhatian yang maksima kepada dokumentasi ketika proses pengislaman agar tidak berlaku kesilapan yang menyebabkan kesukaran kepada pihak CKSB khususnya jika melibatkan isu-isu perundangan. Beliau juga menyarankan agar pihak NGO Islam untuk sentiasa berusaha menambah dan mengembangkan ilmu pengislaman serta mewujudkan sistem fail mualaf yang lengkap bagi tujuan rekod disamping sentiasa belajar dengan rakan-rakan NGO Islam yang lain dalam memantapkan pengurusan mualaf di Wilayah Persekutuan khususnya. Semoga dengan penganjuran kursus dapat menyelaraskan proses pengislaman yang lebih mantap dan mengurangkan isu-isu perundangan yang berkaitan dengan mualaf. |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan