BENGKEL SUKARELAWAN DAKWAH JAWI (SUDI) 2024
25 OKTOBER 2024M | 22 RABIULAKHIR 1446H (JUMAAT) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Bengkel Sukarelawan Dakwah JAWI 2024. Program ini diadakan bertujuan untuk merealisasikan usaha membantu menyemarakkan gerak kerja dakwah yang dilaksanakan oleh JAWI dalam usaha memperkukuhkan lagi perkhidmatan pengurusan hal ehwal Islam dan penyampaian dakwah yang lebih proaktif dalam era globalisasi ini. Bengkel ini menggariskan lima slot utama berdasarkan Manual Sukarelawan Islam yang telah dibangunkan oleh JAKIM, iaitu : 2) Slot 2 : Falsafah, Prinsip Dan Etika Sukarelawan 3) Slot 3 : Kemahiran Dalam Aktiviti Kesukarelawanan Dakwah 4) Slot 4 : Jenis Organisasi & Isu Sukarelawan Dakwah 5) Slot 5 : Data & Statistik Isu Agama Melibatkan Keselamatan di Malaysia Kesemua slot merangkumi beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam diri seorang sukarelawan dengan keperluan semasa dalam menangani cabaran global masyarakat dan golongan sasar agar agenda dakwah dapat disebarluaskan dengan lebih komprehensif dan konstruktif. Peningkatan kemahiran dan profesionalisme sebagai Sukarelawan Dakwah JAWI perlu ditingkatkan melalui proses pengukuhan dalam menguasai metodologi dakwah masa kini, pengurusan profesionalisme, dan mengasah kemahiran insaniah ( soft skills ) dalam sektor pengurusan hal ehwal Islam. Para peserta terdiri daripada 31 orang mahasiswa dari Institusi terpilih di Wilayah Persekutuan iaitu Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kolej Profesional Baitulmal dan Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP. Para peserta turut disuntik semangat dengan kehadiran YBrs. Tn. Haji Kamaldin Bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi menyempurnakan Majlis Penutupan Bengkel Sukarelawan Dakwah JAWI 2024 . |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan