PROGRAM PSIKO SOSIAL – PROGRAM SMART, HARD AND HEALTHY
23 OKTOBER 2024M | 20 RABIULAKHIR 1446H (RABU) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan ‘Ilaj Home, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan program Smart, Hard & Healthy bertempat di Taman Saujana Hijau Putrajaya. Program ini merupakan salah satu daripada aktiviti program terapi Psikospiritual dan Psikososial yang diadakan khusus buat klien 'Ilaj Home. Ianya bertujuan untuk menerapkan pendekatan terapi rohani kepada klien, meningkatkan motivasi klien untuk kekal bersemangat meneruskan rawatan dan pemulihan di IH di samping mendorong klien untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Program yang dikendalikan oleh kakitangan 'Ilaj Home ini juga bertujuan untuk menyantuni serta merapatkan ukhuwah di antara klien dan kakitangan 'Ilaj Home. Antara aktiviti yang diadakan adalah senamrobik, bristwalk di sekitar kawasan taman, Ibrah santai tentang keindahan alam ciptaan Allah Allah swt dan acara sukaneka. Turut serta dalam program ini juga adalah Tuan Hj Abu Bakar bin Lajis, Panel Pakar Penggubal Manual Rawatan “Ilaj Home, pesara pegawai di Kementerian Kesihatan Malaysia yang sudi menyertai aktiviti sepanjang program ini berlangsung. Program ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada para klien dan mereka berasa sangat gembira serta teruja dengan program yang telah dilaksanakan. mereka berharap ianya dapat diteruskan lagi di masa akan datang. Program berakhir dengan ucapan penutup serta penyampaian cenderahati oleh YBrs. Puan Mazliza Suriayana binti Dollah, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan ‘Ilaj Home, Bahagian Pengurusan Dakwah |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan