05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:04
Zohor
16:26
Asar
19:01
Maghrib
20:15
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Rehlah Aulad: Masih Ada Yang Sayang

RA1

 

05 Oktober 2024M | 2 Rabiul Akhir 1446H (SABTU) –  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan program Rehlah Aulad Tahun 2024 : Masih Ada Yang Sayang.

Program yang berobjektif menyantuni anak-anak yatim dengan pengisian rohani dan rehlah santai. Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada dua rumah anak yatim iaitu Pertubuhan RAHOMA Darul Fakir dan Rumah Perlindungan Nur Qaseh Kuala Lumpur.

Para peserta telah dibawa ke Masjid Putra terlebih dahulu, dengan dibantu oleh empat(4) orang Sukarelawan Dakwah yang bertindak sebagai fasilitator program.
Seterusnya, para peserta dibawa menaiki Cruise Tasik Putrajaya dan disajikan dengan taklimat ringkas panorama di sekitar Tasik Putrajaya serta sesi tadabbur ayat-ayat Allah. Anak-anak ini kemudiannya dibawa ke lokasi terakhir rehlah di Nasyrul Quran, kilang pencetakan al-Quran yang kedua terbesar di dunia. Di sana, para peserta didedahkan tentang aktiviti penerbitan al-Quran di Malaysia sebagai aktiviti yang sangat penting dalam menghidupkan syiar Islam di Malaysia.

Program berakhir dengan sesi penutup yang disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah.

 

 

RA2 RA3
RA4 RA5
RA6 RA7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar