Persidangan Meja Bulat (RTD) - Tindakan Susulan Bagi Kes Pengisytiharan Status Agama Yang Ditolak Atau Ditarik Balik Di Mahkamah Tinggi Syariah
02 Oktober 2024M | 27 Rabiulawal 1446H (RABU) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi Cawangan Kebajikan Saudara Baru (CKSB), Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat (RTD) - Tindakan Susulan Bagi Kes Permohonan Pengisytiharan Status Agama yang Ditolak Atau Ditarik Balik di Mahkamah Tinggi Syariah bertempat di Executive Lounge, TAMU Hotel & Suites, Kampung Bharu, Kuala Lumpur. Penganjuran RTD ini mengukuhkan kerjasama strategik dan kolaborasi pintar antara semua pihak berkaitan bagi memastikan pengurusan hal ehwal mualaf terutamanya isu permohonan pengisytiharan status agama berupaya diatasi dengan bijak dan penuh berhikmah. Setiap sesi berlangsung, menyatukan perkongsian maklumat, percambahan idea dan lontaran buah fikiran yang bernas kalangan Rakan-rakan Strategik JAWI berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan tindakan susulan yang praktikal. Pelbagai pihak telah memberikan komitmen terbaik antaranya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah Persekutuan (JKHEMWP), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) - Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan Bahagian-bahagian JAWI. Persidangan ini turut melibatkan empat pembentangan daripada ahli berkaliber dan berpengalaman dalam bidang berkaitan iaitu: Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Persidangan ini telah pun dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengurusan Operasi JAWI yang mewakili YBhg. Kolonel Datuk Pengarah JAWI. Hasil persidangan telah meletakan kerangka tindakan antara pelbagai pihak terhadap isu permasalahan mualaf yang mampu diatasi dengan menyentuh elemen seperti: RTD menjadi platform rasmi untuk langkah proaktif agar setiap jabatan atau agensi berkaitan mempunyai intervensi yang lebih menyeluruh dalam memastikan kesucian akidah umat Islam terpelihara terutamanya dalam kalangan mualaf. |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan