PROGRAM KELUARGA SAKINAH KHAIRA UMMAH KOMUNITI DISAYANGI TAHUN 2024
28 September 2024M | 24 Rabiulawal 1446H (SABTU) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Program Keluarga Sakinah Khaira Ummah Komuniti Disayangi di Hotel IDEAS, Kuala Lumpur. Program ini diadakan bagi memenuhi tuntutan keperluan masyarakat terhadap isu kekeluargaan dari aspek syarak. Melalui program ini, para peserta diberikan kefahaman berkaitan tanggungjawab dalam rumahtangga melalui slot ceramah dan juga forum. Antara topik yang dibincangkan adalah menyentuh soal tanggungjawab anggota keluarga dan meletakkan rumahtangga Rasulullah SAW sebagai model rumahtangga yang penuh kasih sayang, sakinah, mawaddah dan rahmah. Para peserta terdiri daripada 90 orang kaum ibu dan sebilangan kecil kaum bapa daripada Projek Perumahan Rakyat sekitar Kuala Lumpur. Antara penceramah yang dibawa adalah YBrs. Ustaz Abdullah Hashim, Pegawai hal Ehwal Islam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur . Manakala Sesi Forum pula menampilkan YBrs. Ustaz Fathi bin Muhammad, Timbalan Pengurus Majlis Agama Islam Wilayah Perselutuan (MAIWP) Cawangan Putrajaya dan YBrs. Ustazah Suriani binti Ismail, Panel Penasihat Kekeluargaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sesi forum telah dikendalikan oleh Ustaz Mohamad Mukhlis bin Abdul Rahim, Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah selaku moderator. Majlis penutup program dan penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada peserta dalam mengemudi rumahtangga mengikut sunnah Rasulullah SAW serta membentuk keluarga bahagia di dunia dan di akhirat kelak. |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan