KURSUS PENGURUSAN JENAZAH SIRI 4 2024
26 September 2024M | 22 Rabiulawal 1446H (KHAMIS) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam (UKI), Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Masjid Negara, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) telah melaksanakan Kursus Pengurusan Jenazah Siri 4 tahun 2024 bertempat di Bilik Seminar 4, Masjid Negara dan Tanah Perkuburan Radhatul Sakinah Taman Selaseh Gombak. Kursus yang berlangsung selama 2 hari bermula pada 24 September sehingga 25 September 2024, telah disertai seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan anggota PDRM daripada IPD Sentul dan warga kerja DBKL. Kursus ini dimulakan dengan 2 slot ceramah yang menyentuh tentang Tatacara Pengurusan Jenazah Orang Islam yang disampaikan oleh YBrs. Ustaz Warngi bin Wasim, Seorang penceramah yang berpengalaman dalam bidang pengurusan jenazah. Manakala Slot Kedua pula berkaitan Pengurusan Harta Pusaka / Faraidh yang telah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Bakri Amboala, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAKIM. Para peserta juga turut didedahkan dengan sesi simulasi praktikal pengurusan jenazah yang dikendalikan oleh pengurus Jenazah JAWI selaku fasilitator. Pada hari kedua, para peserta turut didedahkan dengan tatacara pengurusan jenazah sebenar secara langsung yang diadakan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Selasih KL – Karak yang dibimbing oleh Pasukan Pengurus Jenazah JAWI. Objektif utama program adalah untuk meningkatkan ilmu dan kefahaman secara teori dan praktikal berkaitan pengurusan jenazah, ia juga sebagai inisiatif dalam memberi kesedaran terhadap tanggungjawab fardu kifayah kepada para peserta. Semoga Kursus Pengurusan Jenazah ini mampu menjadi platfrom dan mutiara berharga kepada para peserta menyuburkan tanggungjawab fardu kifayah sekaligus menggalakkan penglibatan dalam pengurusan jenazah kepada komuniti masing-masing. |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan