PROGRAM MAHABBAH OUTREACH SEMPENA MAULIDUR RASUL 1446H
26 September 2024M | 22 Rabiulawal 1446H (RABU) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah melaksanaka Program Mahabbah Outreach Sempena Maulidur Rasul 1446H di Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan memberi sokongan dan pengisian rohani kepada penghuni Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi dan juga penghuni Asrama Sentosa, Sentul, Kuala Lumpur yang terdiri daripada kalangan rentan remaja lelaki. Melalui program ini, para peserta diberi perkongsian ilmu yang telah disampaikan oleh ASP Muhammad Khudri bin Sulaiman, ASP. Kesejahteraan Organisasi (2), Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Jabatan Integriti dan Pengukuhan Standard (JIPS) PDRM, Bukit Aman dengan topik “Jaga Diri Jaga Maruah” yang menekankan persoalan remaja dan tanggungjawab menjaga diri dan maruah untuk kesejahteraan hidup di masa hadapan. Slot seterusnya menarik minat para peserta dengan penampilan DAI Ahmad Fuad bin Ahmad Mokhtar dengan tajuk pengisiannya “Rasulullah SAW Idola Hidupku” yang menekankan kepada pembentukan peribadi remaja dan muhasabah diri. Kedua-dua slot dilihat berjaya menjentik hati para peserta. Para peserta turut disantuni dengan penyampaian sumbangan yang telah disempurnakan oleh Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Turut hadir bersama Tuan Mohamad Fuad bin Mohd Ali, Pegawai Psikologi, & Ustaz Ahmad Alim bin Marhaban wakil Sekolah Tunas Bakti, Sungai Besi dan Puan Nor Arafah Binti Muhammad Ali & Ustaz Mujahid bin Deraman wakil Asrama Sentosa. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada penghuni dan semangat untuk terus memperbaiki jalan kehidupan dalam membentuk diri sebagai muslim yang mengamalkan nilai-nilai murni kehidupan. |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan