05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:05
Zohor
16:28
Asar
19:02
Maghrib
20:17
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN TAHUN 2024

 

 WhatsApp Image 2024 08 15 at 11.28.59 PM 5

15 Ogos 2024 | 10 Safar 1446H (Khamis) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Runding Cara dan Pembangunan Keluarga Islam (RCPKI), Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah berjaya menganjurkan Seminar Kemahiran Keibubapaan Tahun 2024 bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman dan latihan kepada para ibu bapa mengenai teknik dan kemahiran mendidik anak-anak secara berkesan sesuai dengan keperluan dan cabaran keluarga moden pada hari ini. Ia juga menjadi platform bagi para peserta untuk bertukar pandangan dan pengalaman serta membina jaringan sokongan yang kuat dalam komuniti.

Seminar dimulakan dengan sesi ceramah bertajuk "Terapi Minda Bahagia" yang telah disampaikan oleh Dr. Zilal binti Saari, Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau menekankan kepentingan kesejahteraan mental dalam kalangan ibu bapa sebagai asas dalam membina keluarga yang harmoni dan bahagia serta berkongsi teknik-teknik terapi minda yang dapat membantu ibu bapa mengatasi tekanan dan kekangan dalam kehidupan seharian.

Ceramah kedua bertajuk "10 Kunci Emas Komunikasi Keluarga Sejahtera" pula telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid, Pensyarah Kanan, Universiti Malaya yang membincangkan strategi komunikasi yang efektif antara ahli keluarga dan bagaimana komunikasi yang baik dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Beliau menekankan bahawa komunikasi yang jujur dan terbuka adalah kunci untuk menyelesaikan konflik dalam keluarga dan mencapai kesejahteraan bersama.

Perasmian penutupan seminar telah disempurnakan oleh Puan Warda binti Misnon, Ketua Penolong Pengarah BPPK JAWI. Turut hadir dalam majlis tersebut, Puan Hasyidah binti Mohd Noor, Penolong Pengarah Kanan merangkap Ketua Cawangan RCPKI, BPPK JAWI. Seminar ini telah berjaya menarik kehadiran seramai 170 peserta yang terdiri daripada penjawat awam dari pelbagai jabatan dan agensi sekitar Kuala Lumpur.

Diharap penganjuran seminar ini mencapai matlamat sebagaimana yang diharapkan  dalam usaha membentuk keluarga yang cemerlang di dunia dan akhirat, seterusnya memantap institusi kekeluargaan Islam di Malaysia.

 

 

 

WhatsApp Image 2024 08 15 at 11.28.59 PM WhatsApp Image 2024 08 15 at 11.28.59 PM 1
WhatsApp Image 2024 08 15 at 11.28.59 PM 2 WhatsApp Image 2024 08 15 at 11.28.59 PM 3
WhatsApp Image 2024 08 15 at 11.28.59 PM 4 WhatsApp Image 2024 08 15 at 11.28.59 PM 6
WhatsApp Image 2024 08 16 at 8.20.28 AM WhatsApp Image 2024 08 16 at 9.53.45 AM

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar