05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:04
Zohor
16:26
Asar
19:01
Maghrib
20:15
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL PEMURNIAN GARIS PANDUAN PELANTIKAN, PENYAMBUNGAN DAN PENAMATAN PENOLONG PENDAFTAR PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJU’ (PPNCR) ORANG ISLAM WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN

WhatsApp Image 2024 08 14 at 4.58.49 PM 1

 

13-14 Ogos 2024 | 8-9 Safar 1446H (Selasa-Rabu) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pelantikan, Penyambungan dan Penamatan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PPNCR) Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 3, BPPK JAWI, Kuala Lumpur.

Objektif bengkel ini diadakan adalah bagi mengemaskini, menambahbaik dan menyeragam kandungan Garis Panduan Pelantikan dan Penamatan PPNCR Wilayah-Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) sedia ada berdasarkan peruntukan undang-undang dan keperluan semasa bagi menjaga maslahah ummah secara bersistematik.

Bengkel ini adalah platform yang sesuai untuk menyelaras penyediaan garis panduan untuk dijadikan sumber rujukan kepada PPNCR dalam meningkatkan tadbir urus berkaitan pengurusan nikah, cerai dan ruju’ (NCR) seterusnya memberi perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan secara optimum.

Pelaksanaan bengkel telah dikendalikan oleh Puan Warda binti Misnon, Ketua Penolong Pengarah, BPPK JAWI. Seramai 30 orang peserta dalam kalangan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PNCR) Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan serta pegawai dan kakitangan BPPK telah hadir menjayakan bengkel tersebut bermula jam 8.00 pagi hingga jam 4.30 petang.

 

 

WhatsApp Image 2024 08 14 at 4.58.48 PM WhatsApp Image 2024 08 14 at 4.58.49 PM
WhatsApp Image 2024 08 14 at 4.58.48 PM 1 WhatsApp Image 2024 08 14 at 4.58.49 PM 2

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar