KURSUS ASAS DAN PRAKTIKAL SERTU KONTEMPORARI
JAWI MEMPERTINGKATKAN KOMPETENSI JURUSERTU
30 JULAI 2024: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Penyelidikan mengadakan Kursus Asas Dan Praktikal Sertu Kontemporari bagi meningkatkan kompetensi dan kemahiran kakitangan di dalam pelaksaanaan dan pemantauan proses sertu di lapangan perindustrian.
Pendedahan dan pengendalian sertu dibimbing oleh Prof. Dr. Irwan bin Mohd Subri dari Universiti Sains Islam Malaysia merangkumi skop perbahasan fiqh turath dan kontemporari secara teoretikal. Kursus ini juga memberi latihan secara praktikal kepada kakitangan bagi memenuhi keperluan perindustrian pengurusan halal khususnya sertu seperti penggunaan jenis tanah, kadar kepekatan tanah, metode pelaksanaan khas dan lain-lain.
Disediakan oleh:
Cawangan Pengurusan Halal,
Bahagian Penyelidikan,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan