LAWATAN KUNJUNG HORMAT TKP (OPERASI) JAKIM KE 'IILAJ HOME
16 JULAI 2024M | 10 MUHARRAM 1446H (SELASA) - Rumah perlindungan, rawatan dan pemulihan, ‘Ilaj Home JAWI telah menerima kunjungan hormat daripada Yang Berbahagia Dr Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Turut hadir, Tuan Haji Mohd Norizan bin Abdul Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK). Lawatan ini bertujuan untuk melihat perkembangan operasi ‘Ilaj Home yang menempatkan Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS (ODHA) Muslim. Lawatan Kunjung Hormat ini telah disambut oleh YBrs. Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah (Operasi), JAWI mewakili Pengurusan Tertinggi JAWI dan turut disertai oleh Puan Imlah binti Abd Aziz, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Taklimat pengoperasian 'Ilaj Home telah disampaikan oleh Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Semoga hasil lawatan kunjung hormat ini akan meningkatkan lagi kaedah penyampaian perkhidmatan 'Ilaj Home kepada kumpulan sasar dalam memastikan objektif penubuhannya tercapai. |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan