JAWI ANJUR KEM REMAJA UMMAH MADANI KOMUNITI DISAYANGI
16 JULAI 2024M | 10 MUHARRAM 1446H (SELASA) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Kem Remaja Ummah Madani Komuniti Disayangi pada 15 & 16 Julai 2024 bertempat di WP Hotel, Kuala Lumpur dengan Kerjasama Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK). Program ini bertujuan membina jati diri dan keperibadian Muslim dalam diri peserta khususnya remaja supaya dapat mengamalkan cara hidup Islam serta menjadi Muslim yang baik. Program yang berlangsung selama dua hari ini telah disampaikan oleh Ustaz Mior Ahmad Fitri bin Mior Shahidan yang menekankan tentang "Kepentingan Solat dalam Membentuk Jati diri Muslim". Pada hari kedua program, para peserta didedahkan berkaitan Adab, Penjagaan Maruah Diri dan Aqil Baligh yang dikendalikan oleh Ustaz Nornaemi bin Mat Som. |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan