PROGRAM ZIARAH PESAKIT HOSPITAL PAKAR KANAK-KANAK UKM (HPKK)
3 JULAI 2024M | 26 ZULHIJAH 1445H (RABU) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) bersama Bahagian Pengurusan Masjid Zon 5 dengan kerjasama HPKK turun menyantuni para pesakit di HPKK melalui Siri Dakwah Bil Hal, Program Ziarah Pesakit Siri 3/2024. Program Ziarah Pesakit ini diadakan bertujuan menyantuni dan menyampaikan sumbangan melalui pemberian barangan keperluan diri berserta sumbangan wang tunai kepada para pesakit. Serahan barangan keperluan pesakit telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Muhammad Hatta bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah. Manakala sumbangan wang tunai telah disampaikan oleh para pegawai Masjid Zon 5, Bahagian Pengurusan Masjid. Seramai 50 orang pesakit telah menerima sumbangan tersebut. Aktiviti dakwah ke lapangan seumpama ini diharap dapat memberi sokongan moral dan meringankan beban para pesakit. Turut bersama pada program ini ialah YBrs. Puan Farliza Zakaria, Ketua Jabatan Sumber Manusia HPKK. JAWI merakamkan ucapan terima kasih kepada HPKK. Semoga kolaborasi strategik dalam pelaksanaan dakwah bil hal seumpama ini dapat diperluaskan dari semasa ke semasa. |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan