SEMINAR PENERAPAN ETIKA PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF ISLAM TAHUN 2024
3 JULAI 2024M | 26 ZULHIJAH 1445H (RABU) - Telah berlangsung Program Seminar Penerapan Etika Penggunaan Media Sosial Menurut Perspektif Islam anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (JPWPKL) bertempat di Auditorium Tan Sri Rafie (JPWPKL). Antara objektif penganjuran seminar ini adalah untuk memberi pendedahan kepada penjawat awam tentang pentingnya etika dalam penggunaan media sosial supaya dimanfaatkan penggunaannya secara berhemat. Ini kerana, media sosial kini telah menjadi trend dan merupakan saluran utama untuk menyampaikan pelbagai info sama ada yang rasmi atau sebaliknya. Seramai 200 orang peserta yang terdiri dari guru-guru sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menyertai seminar ini. Pengisian sesi ceramah Slot 1 bertajuk “Media Sosial: Adab, Trend dan Viral” telah disampaikan oleh Pendakwah Bebas, Dai Nor Adibah binti Rozain dan slot 2 oleh Ustaz Mohd Firdaus bin Shurkan, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menyentuh aspek berkaitan “Etika Penggunaan Media Sosial Menurut Perspektif Islam”. |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan