13 Jun 2024M | 06 Zulhijjah 1445H (KHAMIS) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Program Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Perkhidmatan Awam Siri 2/ 2024 kepada kakitangan agensi dan jabatan kerajaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertempat di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur.
Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap nilai-nilai murni agama Islam dalam perkhidmatan bagi melahirkan anggota perkhidmatan awam mempunyai kekuatan spiritual, intelektual dan emosi yang seimbang.
Program ini diserikan dengan kehadiran 2 orang penceramah yang berwibawa bagi mengisi 2 slot ceramah iaitu YBrs. Ustaz Rosli Bin Daud, Pegawai Hal Ehwal Islam dari Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Beliau mengupas tajuk : "Kerja Sebagai Ibadah", dan Slot ke-2 pula oleh YBrs. Ustaz Radihan Bin Saari, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kajian Akidah, Bahagian Penyelidikan JAKIM. Beliau membicarakan tajuk, "Pencemaran Aqidah Penghalang Kecemerlangan Organisasi". Semoga dengan pengisian ceramah pada kali ini akan membuahkan hasil yang terbaik dikalangan para peserta yang hadir.
|
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan