12 Jun 2024 | 05 Zulhijjah 1445H - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia(LKPIM), Pejabat Pendidikan Daerah Sentul WPKL dan Masjid Al-Zakirin Taman Wilayah Selayang Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Pemantapan Solat & Klinik Al-Fatihah bertempat di Masjid Al-Zakirin Taman Wilayah Selayang, Kuala Lumpur.
Kehadiran seramai 200 orang pelajar bersama guru pengiring dari 55 buah Sekolah Kebangsaan telah menghadiri program ini. Turut hadir pada program tersebut ialah YBrs Tuan Haji Ab Rahman bin Haji Ab Hamid, Pengerusi Masjid Al Zakirin, Ustaz Mohammad Mukhlis bin Rahim Penolong Pengarah Unit NGO Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, YBhg Puan Sri Hajjah Hanifat binti Harun, Pengerusi LKPIM WPKL, Encik Mohd Shabri Ismail, Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Sentul, Haji Kamarudin, Pengerusi Majlis Persatuan Penduduk Taman Wilayah Selayang Parliman Batu dan Puan Salina Othman, Pengerusi Pergerakan Puteri Islam Malaysia WPKL.
Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YBrs. Tuan Haji Ab Rahman bin Haji Ab Hamid Pengerusi Masjid Al Zakirin. Program diteruskan dengan slot pertama yang disampaikan oleh Dai'e Mad Fuad bin Mohamad Mokhtar berkaitan dengan Pemantapan Solat dan slot kedua oleh Puan Rosnani / Puan Rohina Hamid bersama pembimbing-pembimbing Klinik Fatihah.
Program ini mendapat sambutan di kalangan pelajar-pelajar khusus sebagai pemantapan dan memenuhi ilmu pengetahuan berkaitan ibadah solat dan bacaan Surah Al-Fatihah dengan baik.
|