05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:05
Zohor
16:28
Asar
19:02
Maghrib
20:17
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS INTENSIF PESERTA TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1445H/ 2024M

KIP1

 

25 April 2024M (KHAMIS) | 16 Syawal 1445H - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Kursus Intensif Peserta Tilawah dan Hafazan al-Quran Wilayah Persekutuan Tahun 1445H/ 2024M pada 22 hingga 25 April 2024 bertempat di Hotel Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Kursus yang berlangsung selama empat (4) hari tiga (3) malam ini melibatkan seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada Johan dan Naib Johan Qari/ Qariah dan Hafiz/ Hafizah (kategori 1–10 juzuk, 1–20 juzuk dan 1–30 juzuk). Para peserta akan mewakili Wilayah Persekutuan ke Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) pada tahun ini yang akan berlangsung pada 23 hingga 28 Mei 2024 di Kuantan, Pahang.


Objektif kursus ini diadakan adalah untuk membimbing para peserta agar dapat meningkatkan kemahiran dan kualiti bacaan terutamanya dari aspek tajwid, fasohah, taranum dan suara serta persembahan. Ia sebagai inisiatif bagi persediaan peserta ke MTHQK.


Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori Tilawah dan kategori Hafazan. Kategori Tilawah melibatkan 12 sesi yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang dijemput khas mewakili bidang kepakaran masing-masing antaranya Tuan Haji Anuar bin Ghazali (Taranum), YBrs. Dr. Normalina binti Alias (Suara), Tuan Haji Hasim bin Harun (Fasohah) dan Tuan Haji Othman bin Muda (Tajwid).


Manakala bagi kategori Hafazan pula melibatkan keseluruhan 12 sesi yang dikendalikan oleh Tuan Haji Ahmad Mujahid bin Salleh Sani (Hafaz & Lancar), Tuan Haji Abdul Khair bin Jalil (Taranum & Suara), Al-Fadhil Ustaz Sazali bin Yaacob (Tajwid) dan Al-Fadhil Ustaz Muhammad Zaki bin Ab Rahman (Fasohah & Lahjah).
Majlis perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah (Operasi) yang mewakili Pengarah JAWI.

 

 

KIP2 KIP3
KIP4 KIP5
KIP6 KIP7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar