05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:05
Zohor
16:28
Asar
19:02
Maghrib
20:17
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS BIMBINGAN AL-QURAN TULISAN BRAILLE OKU PENGLIHATAN & PENYELIDIKAN KEBERKESANAN KELAS FARDU AIN OKU

KBB1

 

20 April 2024M (SABTU | 11 Syawal 1445H - Telah berlangsung Kelas Bimbingan Al-Quran Tulisan Braille OKU Penglihatan anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Persatuan Orang Buta Islam Malaysia (PERTIS) dan Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) yang diadakan secara bertahap (Tahap Asas, Pertengahan dan Lanjutan). Kelas ini melibatkan 4 orang tenaga pengajar daripada PERTIS sebagai guru pembimbing iaitu Ustaz Shahril Azrie (Kelas Tahap 1 (Asas) ), Ustaz Mohd Khairi (Kelas Tahap 1 Muqadam), Ustaz Sharif (Kelas Tahap 2 Tajwid) dan Ustaz Ahmad Daniel (Kelas Lanjutan).


Bagi tahun ini, sebanyak 18 siri kelas akan diadakan bagi setiap tahap secara serentak dalam 2 sesi iaitu sesi pertama bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi dan sesi kedua bermula 11.00 pagi hingga 1.00 petang.


Dalam masa yang sama, sekumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah dilantik oleh JAWI turut hadir bersama pada kelas kali ini bagi menjalankan ujian rintis (_pilot test_) kepada para peserta kelas dan sesi temubual bersama tenaga pengajar al-Quran Braille. Kajian ini bertujuan untuk menambahbaik pelaksanaan kelas-kelas fardu ain OKU yang telah dianjurkan agar lebih komprehensif dan dapat memenuhi keperluan warga OKU dalam usaha mempelajari ilmu agama.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Pengurusan Kompleks MAB yang telah menyediakan tempat dan fasiliti kepada para peserta.
Semoga pelaksanaan kelas ini dapat diperkasakan dari semasa ke semasa dan memberi manfaat kepada ummah khususnya bagi golongan OKU Penglihatan itu sendiri.

 

 

KBB2 KBB3
   
   

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar