05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:05
Zohor
16:28
Asar
19:02
Maghrib
20:17
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM NORMALISASI GEJALA SOSIAL, CEGAH SEBELUM PARAH TAHUN 2024

PJ1

 

17 APRIL 2024 (RABU) | 8 SYAWAL 1445H - Bertemakan "Cegah Sebelum Parah", seramai 90 orang pelajar Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI) Kuala Lumpur telah mengikuti Program 'Normalisasi Gejala Sosial, Cegah Sebelum Parah' anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI pada hari ini. Program dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) dan Masjid Muadz bin Jabal telah berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa. Program ini merupakan salah satu inisiatif dalam usaha menangani gejala sosial dalam masyarakat khususnya remaja secara lebih proaktif dan berhikmah sekaligus menerapkan penghayatan nilai-nilai Islam dalam kehidupan. Para peserta diberi pendedahan tentang bahaya gejala sosial khususnya gaya hidup bebas yang merosakkan akhlak dan masa depan generasi muda jika gagal ditangani secara tuntas. Menerusi slot forum bertajuk "Barah Gaya Hidup Bebas: _Lets Back to_ Fitrah", Dr. Fadly Syah bin Arsad, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Pejabat Kesihatan Titiwangsa berkongsi tentang fenomena gaya hidup bebas dunia moden hari ini. Gejala sosial melibatkan remaja sudah semakin runcing dan rencam. Rempuhan globalisasi negatif dan pengaruh modenisme memungkinkan semakin kritikal ditambah dengan faktor sikap, pembudayaan berhibur yang menggalakkan percampuran bebas yang keterlaluan malah lebih merisaukan, muncul juga permasalahan kecelaruan seksual dan gender yang merujuk kepada komuniti lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT). Memetik kupasan panel ke-2 bagi slot forum ini, Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof, Penolong Pengarah Kanan, Unit Kecelaruan Gender, Bahagian Keluarga, Sosial & Komuniti, JAKIM, Allah SWT telah menjelaskan berkaitan permasalahan homoseksual yang pernah berlaku dalam kalangan umat Nabi Lut AS. Walaupun terdapat pelbagai peruntukan undang-undang sama ada syariah nahu pun sivil yang mengandungi peruntukan bagi menjaga perilaku dan tatasusila masyarakat khususnya orang Islam, namun isu melibatkan gejala sosial masyarakat Islam makin serius dan perlu diambil perhatian. Ajaran Islam telah menetapkan garis panduan yang jelas tentang cara hidup yang menjamin kesejahteraan dan keselamatan insan di dunia dan akhirat. Sebarang perbuatan yang bercanggah dengan syariat adalah ditegah dan wajib dijauhkan kerana ia akan mendatangkan mudarat. Memetik pepatah Arab yang bermaksud 'Mencegah itu lebih baik daripada mengubati'. Semoga program ini dapat memberi manfaat yang besar kepada para remaja dalam membentuk sahsiah dan nilai-nilai murni kehidupan beragama yang juga merupakan pemegang taruh masa hadapan negara.
 

 

 

PJ2 PJ3
PJ4 PJ6
PJ7  

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar