KELAS KEMAHIRAN RUNDING CARA SYARIE MADANI TAHUN 2024
2 April 2024 | 22 Ramadan 1445H (Selasa) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) Kuala Lumpur melalui Unit Runding Cara telah mengadakan Kelas Kemahiran Runding Cara Syarie Islam Madani bertempat di Dewan Syura Perdana, JAWI.
Sesi kelas pada kali ini memakan masa selama dua (2) jam dan telah mendapat sambutan baik daripada peserta-peserta yang terdiri daripada pegawai runding cara di BPPK, fasilitator Pusat Khidmat Komuniti, Sosial, dan Keluarga (PKKSK) serta kakitangan JAWI. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang ilmu kaunseling dan kaedah mengendalikan sesi runding cara keluarga bagi mempertingkatkan kemahiran sedia ada di kalangan pegawai-pegawai rundingcara & fasilitator.
Perkongsian ilmu berkaitan kaunseling dan runding cara ini telah disampaikan oleh Dr. Adam bin Drahman, Penolong Pengarah Kanan, BPPK dan YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK. Dalam kelas kemahiran ini, Puan Rabihah binti Ibrahim telah memberi penerangan berkenaan proses dan pendekatan efektif dalam kaunseling serta memperkenalkan teori-teori berkaitan yang boleh digunapakai untuk menambahbaik perkhidmatan dan kemahiran.
Pihak penganjur berharap agar pelaksanaan program ini dapat memberi manfaat kepada peserta yang terlibat dan dapat diteruskan pada masa akan datang.
Disediakan oleh:
Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan