05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:04
Zohor
16:26
Asar
19:01
Maghrib
20:15
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS TAFAQQUH WANITA BERSAMA MUSLIMAT MASJID ABU HURAIRAH

WhatsApp Image 2024 02 29 at 1.16.38 AM

28 FEBRUARI 2024M | 18 SYAABAN 1445H (RABU) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Masjid Abu Hurairah telah menganjurkan Program Kelas Tafaqquh Wanita sebanyak 2 siri sepanjang bulan Februari 2024.

Siri pertama telah diadakan pada 21 Februari 2024 (Rabu) lalu dengan penceramah jemputan yang tidak asing lagi, Ustazah Muzayyanah binti Abdullah. Beliau telah mengupas topik yang cukup menarik, “Dunia Sementara, Akhirat Selamanya”. Menjaga lisan dan hati menjadi topik utama yang diutarakan dalam mengejar akhirat. Bimbang dek kerana lisan yang tajam, ada hati yang terguris hingga akhirnya tanpa sedar menjadi asbab kurangnya saham untuk dibawa ke akhirat kelak. Kata-kata Imam Syafie menjadi sandaran bahawa dunia ini hanyalah tempat untuk bercucuk tanam, akhiratlah tempat sebenar untuk menuai. Terkadang sifat manusia yang terlalu cintakan dunia dan terlalu sibuk dalam mengejarnya membuatkan kita lupa dengan kematian yang entah bila bakal menerpa. Walhal, mengingati mati dan berlumba-lumba dalam mengumpul saham akhirat adalah mahar untuk ke syurga Allah.

Manakala pada siri ke-2 kali ini bersama penceramah jemputan, Ustaz Mohammad Rozie bin Mohd Rejab. Penceramah telah mentadabbur Surah Ali Imran ayat 191. Melalui kupasan ayat tersebut, dapatlah difahami bahawa ayat ini menyeru umat manusia untuk sentiasa merenung dan berfikir disaat melihat keindahan ciptaan Allah. Berfikir‬ dan mentadabbur terhadap ciptaan Allah, jelaslah mampu menambahkan keimanan dan rasa cinta kita kepada-Nya sekaligus mengambil manfaat dan merenung akan hikmah setiap kejadian yang telah Allah ciptakan dengan sungguh indah.

Seramai 40 orang peserta dalam kalangan muslimat ahli kariah masjid telah hadir mengikuti majlis ilmu yang diadakan ini. Semoga dengan pelaksanaan kelas ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan kefahaman Islam kepada para muslimat yang hadir.

WhatsApp Image 2024 02 29 at 1.16.40 AM WhatsApp Image 2024 02 29 at 1.16.39 AM 2
WhatsApp Image 2024 02 29 at 1.16.39 AM 1 WhatsApp Image 2024 02 29 at 1.16.38 AM
WhatsApp Image 2024 02 29 at 1.16.39 AM WhatsApp Image 2024 02 29 at 1.16.40 AM 3

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar