LAWATAN PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA KAWASAN BATU KE KOMPLEKS DARUL HIDAYAH
15 FEBRUARI 2024M | 5 SYAABAN 1445H (KHAMIS) - Lawatan ini bertujuan untuk melihat dan menjalinkan hubungan kerjasama strategik antara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan IKRAM Kawasan Batu. Deligasi diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Wan Mohd Zukri bin Che Mat Zin Yang Dipertua Pertubuhan IKRAM Malaysia Kawasan Batu. Lawatan disambut oleh Penolong Pengarah Kanan Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Puan Siti Fuziah binti Bachok dan Puan Zaitun binti Zakaria turut hadir bersama En. Abuzar bin Zainudin. Taklimat berkaitan Kompleks Darul Hidayah disampaikan oleh Puan Siti Fuziah binti Bachok. Diakhir lawatan mereka dibawa meninjau persekitaran kompleks dan melihat fasiliti yang terdapat di Kompleks Darul Hidayah. Semoga kerjasama ini berterusan demi untuk kebaikan para Mualaf di Wilayah Persekutuan.
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan