05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:04
Zohor
16:26
Asar
19:01
Maghrib
20:15
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS BIMBINGAN AL-QURAN & FARDHU AIN ORANG KURANG UPAYA (OKU) PENDENGARAN SESI 2024

WhatsApp Image 2024 02 05 at 10.21.31 AM

4 FEBRUARI 2024M | 23 REJAB 1445H (AHAD) - “Ustaz, kalau tak perasan dah azan subuh tapi masih makan, apa yg perlu dibuat? “ Ustaz, bagaimanakah rukun Qauli dalam solat kami bagi golongan OKU yang tidak boleh bercakap tapi ada sedikit suara?”

Berikut adalah sebahagian daripada pelbagai soalan yang telah dilontarkan kepada penceramah pada hari ini. Kelas ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran seramai 54 orang peserta pada siri pertama bagi tahun ini. Komitmen dan kesungguhan yang tinggi telah ditunjukkan oleh warga OKU Pendengaran yang dahagakan ilmu agama dengan hadir ke Kelas Al-Quran dan Fardu Ain yang diadakan pada hujung minggu.
 
Justeru, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) dan Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD) akan meneruskan siri kelas pengajian bagi sesi 2024 khusus kepada OKU Pendengaran yang berlangsung di Masjid Asy-Syakirin KLCC  bermula jam 10.00 pagi.  Tenaga pengajar terdiri daripada 3 orang penceramah OKU Pendengaran dan juga penceramah normal dengan khidmat Juru Bahasa Isyarat untuk memenuhi keperluan golongan ini memahami ilmu agama. Program ini turut akan disiarkan melalui platform media sosial SWATvi agar ia dapat disebarluaskan kepada golongan  OKU lain.
 
Penganjuran program pengajian ini diharap terus mendapat sokongan daripada semua pihak pada masa akan datang seterusnya dapat memberi manfaat dan memberi dorongan kepada warga OKU untuk terus mempelajari ilmu agama.
 
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Masjid Asy-Syakirin KLCC yang telah  menyediakan kemudahan tempat dan fasiliti sesuai dengan keperluan para peserta.
WhatsApp Image 2024 02 05 at 10.21.30 AM WhatsApp Image 2024 02 05 at 10.21.33 AM
WhatsApp Image 2024 02 05 at 10.21.44 AM WhatsApp Image 2024 02 05 at 10.21.31 AM 1
WhatsApp Image 2024 02 05 at 10.21.32 AM WhatsApp Image 2024 02 05 at 10.21.31 AM

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar